BM | EN | 中文

SWM ENVIRONMENT RAI 30 KELUARGA SEMPENA HARI NATAL

SWM-Natal-1.jpg

Mohd Zan (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima

Advertisement

SEGAMAT, 20 DIS: Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Natal tidak lama lagi, sebanyak 30 buah keluarga di daerah ini diraikan dengan menerima sumbangan daripada SWM Environment Sdn Bhd.

Sumbangan yang berbentuk barangan keperluan dapur itu diberikan kepada penerima-penerima dibawah golongan berpendapatan rendah (B40) pada program SWM Kasih Christmas Celebration.

Menurut Pengurus Wilayah Johornya, Mohd Zan Arris, agihan sumbangan tersebut merupakan kesinambungan usaha pihaknya dalam melunaskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena perayaan yang telah menjadi inisiatif tahunan program SWM Kasih.

Advertisement

“Program ini telah menterjemah usaha pihak kami memperluas jaringan kerjasama dengan rumah ibadah dengan membabitkan jawatankuasa pengurusan gereja di negeri Johor melalui pihak Gereja Katolik St Philip, Segamat.

Mohd Zan (baris atas, tengah) bergambar bersama penerima program tersebut

“Kerjasama tersebut juga adalah bertujuan membantu golongan B40 dan membentuk kesedaran awam tentang tanggungjawab melestarikan pengurusan sisa pepejal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Terdahulu, Mohd Zan telah mengiringi wakil rasmi Ahli Parlimen Segamat untuk menyempurnakan gimik hiasan pokok Krismas dan disusuli dengan penyerahan sumbangan SWM Kasih kepada para penerima bantuan.

Advertisement

Program yang turut dihadiri oleh Pengarah SWCorp Negeri Johor, Cairul Hisham Jalaluddin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat, Mohd Masni Wakiman telah diceriakan dengan persembahan Karol Krismas oleh warga gereja berkenaan.

Selain menyempurnakan CSR melalui entiti SWM Kasih, pihak SWM Environment juga memanfaatkan peluang tersebut dengan memperhebat kempen kesedaran Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (PSDP) dan memperkenalkan inisiatif kitar semula berganjaran, KITAR3CYCLE kepada para penerima bantuan dan warga gereja tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top