BM | EN | 中文

SWM Environment mula operasi sanitasi, orang awam diminta duduk di rumah

swm.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 APR: SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) komited bersama agensi kerajaan bagi menjayakan usaha memerangi penularan pandemik Covid-19 melalui operasi sanitasi awam yang mula dilaksana di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Justeru, pengurus besar korporat Mohd Norlisam Mohd Nordin memohon kerjasama orang ramai dalam memerangi penularan pandemik Covid-19 dengan berada di kediaman masing-masing sebagaimana yang diperintahkan kerajaan melalui penguatkuasaan PKP.

“Kekerapan perlaksanaan operasi sanitasi awam melibatkan pihak SWM Environment berpandukan kepada ketetapan Jawatankuasa Penyelaras dengan lokasi tertumpu di jalan-jalan utama, lampu isyarat, lampu jalan, bangunan dan kemudahan awam di sepanjang jalan utama,” kata Mohd Norlisam dalam satu kenyataan.

Advertisement

Difahamkan operasi sanitasi awam itu dengan bilangan pekerja terlatih yang minima, disokong 20 jentera penyembur (water jetter) dan empat buah jentera lori tangki air (water tank) bermula 30 Mac lalu.

“Operasi tertumpu kepada kawasan-kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 yang dikategorikan sebagai Zon Merah merangkumi 15 lokasi di Seremban, 23 lokasi di Simpang Renggam dan tiga di Johor Bahru,” tambah beliau.

Dalam pada itu SWM Environment terus menyediakan khidmat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

“Sebagai persediaan awal sebelum melaksanakan operasi penyemburan, pihak SWM Environment telah melaksanakan perkhidmatan kutipan sisa pukal dan pembersihan longkang di lokasi-lokasi yang terlibat,” katanya.

Tambahnya SWM Environment terus komited mempersiapkan sumber tenaga dan aset untuk terlibat dalam operasi sanitasi awam yang diselaraskan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top