BM | EN | 中文

SWM Environment Johor susun operasi sempena hari raya Aidilfitri

SWM-Enviroment.jpeg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 MEI: SWM Environment dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor sempena Hari Raya Aidilfitri.

Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah seperti berikut.

Bagi daerah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kulai, Kluang, Pontian, Kota Tinggi, Mersing dan Simpang Renggam, anjakan jadual perkhidmatan pengurusan sisa pepejal bermula dari 8 Mei sehingga 15 Mei 2021 denhan penangguhan perkhidmatan pembersihan awam pada 13 Mei dan 14 Mei 2020.

Advertisement

Manakala bagi daerah Batu Pahat, Muar, Segamat, Labis, Tangkak dan Yong Peng, anjakan jadual perkhidmatan pengurusan sisa pepejal adalah pada 14 Mei hingga 15 Mei 2021 dengan penangguhan perkhidmatan pembersihan awam bermula dari 13 Mei 2021 sahaja.

“Keseluruhan perkhidmatan SWM Environment negeri Johor akan kembali beroperasi seperti biasa bermula pada 16 Mei 2021,” menurut kenyataan tersebut.

Pihak SWM Environment turut merrohon kerjasama orang ramai untuk menghubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau menyalurkannya melalui Talian WhatsApp SWM Environment di 012-6180082 atau emel swmresponz@swrnsb.com yang akan beroperasi seperti biasa pada sepanjang tempoh berkenaan.

Advertisement

Orang ramai juga digalakkan mengikuti perkembangan dan maklumat terkini SWM Environment di platform media sosial Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube melalui akaun @swmenvironment.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top