BM | EN | 中文

SWM Environment dan Perkeso kerjasama tingkat kesedaran keselamatan

SWM-Environment-Perkeso.jpg
Advertisement

KLUANG, 15 OKT: SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) komited untuk meningkatkan kesedaran perjalanan selamat pergi balik ke tempat kerja di kalangan 6,508 pekerja yang menjadi tulang belakang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Johor.

Melalui jalinan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kempen Vision Zero Malaysia sedang giat dilaksanakan dalam mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja.

Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris berkata, pihak SWM Environment amat berbesar hati dan menyambut baik usaha kerjasama seumpama ini bagi meningkatkan lagi kesedaran keselamatan perjalanan selamat pergi balik ke tempat kerja.

Advertisement

“SWM Environment memandang serius perihal keselamatan dan kesihatan membabitkan warga kerja yang merupakan aset penting dalam memastikan kelancaran perkhidmatan kepada masyarakat umum.

“Dasar holistik SWM Environment juga telah menetapkan agar setiap pekerja menerima manfaat perlindungan insurans dan kemudahan rawatan perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pengagihan topi keledar kepada warga kerja SWM Environment Cawangan Kluang oleh Perkeso dalam satu program 12 Oktober lalu.

Advertisement

Menurut beliau lagi, program Advokasi Kesedaran Keselamatan Perjalanan Selamat Ke Tempat Kerja anjuran Perkeso memberi nilai tambah kepada anggota kerja dan bakal diperluaskan ke seluruh cawangan SWM Environment di negeri Johor.

Dalam program tersebut agihan Pek SWM Kasih COVID-19 kepada pekerja SWM Environment Cawangan Kluang sebagai usaha meningkatkan perlindungan anggota di lapangan susulan peningkatan semula kes wabak COVID-19 mutakhir ini.

Pek SWM Kasih COVID-19 itu mengandungi pelitup muka, pensanitasi tangan, pencuci tangan dan pembersih badan anti-bakteria.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top