BM | EN | 中文

SWM Environment ceriakan 40 kanak-kanak sempena Hari Krismas

IMG-20191223-WA0013.jpg

Akmal Nasrullah (tengah) bergambar bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Care Haven dalam program SWM Kasih yang diadakan di Malay Cultural Village, di sini hari ini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 DIS: Sempena sambutan perayaan Hari Krismas pada 25 Disember ini, SWM Environment Sdn Bhd mengambil inisiatif meraikan 40 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pertubuhan Kebajikan Care Haven, hari ini.

Pengurus SWM Environment Wilayah Johor, Mohd Zan Arris berkata, program SWM Kasih itu merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.

“Sempena sambutan Hari Krismas tahun ini, seramai 40 kanak-kanak berusia antara 4 hingga 20 tahun diraikan dalam satu program kemasyarakatan.

Advertisement

“Selain dihiburkan dengan tayangan filem Jumanji, mereka turut dirai dengan jamuan tengah hari sebelum dibawa melawat Malay Cultural Village,” katanya.

Akmal Nasrullah (kiri) membantu seorang kanak-kanak mencanting batik sempena program SWM Kasih yang diadakan di Malay Cultural Village, di sini hari ini

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang akhbar yang diadakan.

Turut hadir memeriahkan majlis, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Advertisement

Tambah Mohd Zan, SWM Environment turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Care Haven selain menyumbang barangan kelengkapan persekolahan kepada kanak-kanak terlibat.

Sementara itu, Akmal Nasrullah memberitahu, pihaknya menyambut baik penganjuran program sedemikian oleh mana-mana pihak termasuk syarikat korporat.

“Saya turut menyeru agar lebih banyak pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada individu yang memerlukan.

Advertisement

“Sumbangan diberi bukan sahaja dalam bentuk bantuan kewangan tetapi juga masa dan pengisian program yang sesuai,” ujarnya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top