BM | EN | 中文

SWM Enviroment serah khidmat bersih 231 jalan di Johor kepada JKR

SWM-Enviroment.jpeg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 NOV: SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menamatkan perkhidmatan pembersihan 231 jalan JKR di Johor.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata penyerahan perkhidmatan itu selaras dengan arahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada semua syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Perkhidmatan yang ditamatkan itu melibatkan pembersihan jalan dengan menggunakan jentera road sweeper, kutipan sampah, pemotongan rumput dan pembersihan longkang di sepanjang jalan JKR termasuk semua jalan utama di pusat bandar.

Advertisement

“Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), perkhidmatan pembersihan jalan-jalan tersebut dikeluarkan daripada skop kerja syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

“Ia berikutan jalan-jalan tersebut berada di bawah pentadbiran dan seliaan JKR serta di luar daripada skop Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672),” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Mohd Norlisam dilaporkan sebagai berkata, perkhidmatan pembersihan jalan oleh SWM Environment melibatkan 1,062 jalan utama perbandaran di Melaka turut diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak Januari lepas.

Advertisement

Selain itu, penamatan perkhidmatan itu turut melibatkan 156 jalan JKR di Negeri Sembilan.

Beliau berkata dengan pengambilalihan perkhidmatan pembersihan oleh JKR, maka sebarang aduan atau isu kebersihan berhubung jalan JKR perlu diajukan kepada pihak berkaitan.

Orang ramai boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau emel kepada crmkl@swmsb.com bagi mendapatkan sebarang maklumat mengenai jalan-jalan seliaan SWM Environment

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top