BM | EN | 中文

Susulan pembatalan HSR, tumpu keperluan domestik melalui projek ETS – Chin Tong

Liew-Chin-Tong-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JAN: DAP Johor berpandangan tumpuan perlu diberikan kepada Projek Landasan Berkembar Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru susulan pembatalan projek kereta api laju KL-Singapura (HSR).

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata, ETS seharusnya keutamaan dalam memenuhi keperluan domestik para penumpang diantara Kuala Lumpur dengan Johor Bahru.

“Sehubungan itu, DAP Johor meminta kerajaan Persekutuan, terutama Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong untuk menjelaskan tarikh penyiapan dan pelancaran ETS Gemas-Johor Bahru.

Advertisement

“Walaupun difahamkan kerja awam sedang dibuat, tender terbuka untuk mendapatkan set kereta api elektrik bagi perkhidmatan ETS Kuala Lumpur-Gemas-Johor Bahru belum dimuktamadkan.

“Ini membimbangkan, kerana biasanya pengeluar kereta api memerlukan sekurang-kurangnya 18 bulan untuk membina dan menyiapkan tempahan.

“Oleh itu, Wee mesti tampil dan meyakinkan rakyat Johor bahawa ada rancangan kukuh dalam memastikan kereta api elektrik boleh digunakan menjelang Oktober 2022 apabila projek itu dijadualkan selesai,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambahnya, kerajaan Pusat dan Johor perlu melibatkan orang ramai dan pihak swasta di bandar-bandar sepanjang laluan seperti Segamat, Labis, Bekok, Paloh, Kluang, Kulai dan Johor Bahru dalam penyediaan pengangkutan awam dan sektor pelancongan apabila ETS beroperasi.

“Kerajaan perlu mendedahkan status bas Rapid Transit di Johor Bahru yang diumumkan baru-baru ini dalam Belanjawan 2021.

“Potensi projek RTS hanya dapat dilaksana jika wujud integrasi rangkaian bas yang cekap untuk wilayah Johor Bahru. Perlu tumpuan dan perbincangan segera mengenai masa depan infrastruktur Johor yang juga merangkumi potensi bidang maritim.

Advertisement

“Maka, kerajaan Pusat dan Johor perlu melibatkan wakil rakyat pembangkang dan orang awam bagi perbincangan menyeluruh,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top