BM | EN | 中文

‘Susulan demi susulan, akhirnya isu perparitan di Parit Sikom Hulu selesai – Adun Pekan Nanas

Susulan-demi-susulan-akhirnya-isu-perparitan-di-Parit-Sikom-Hulu-selesai-Adun-Pekan-Nanas.jpg

PONTIAN, 5 NOV: Selepas susulan demi susulan, akhirnya isu perparitan di Parit Sikom Hulu, dekat Pekan Nanas akhirnya berjaya diselesaikan kata Adun kawasan itu, Yeo Tung Siong.

Menurut Ye, pada 5 Oktober 2020 beliau menerima aduan daripada penduduk bahawa terdapat parit utama di kampung tersebut yang 10 tahun tidak diselenggara sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan kediaman penduduk kampung.

Saya berasa kasihan kepada penduduk yang terlibat.

“Bermula pada saat itu, saya telah mengajukan aduan dan permohonan kepada tiga agensi kerajaan iaitu Pejabat Daerah Pontian, JPS dan
JKR Pontian.

“Pada peringkat awal, tiada agensi yang mengakui bertanggungjawab atas parit tersebut,” kata Yeo dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Namun katanya, pada 26 November, pihak Pejabat Daerah telah datang membuat lawatan ke lokasi dan menerangkan situasi sebenar.

“Pada saat itu perbincangan adalah untuk menentukan siapakah agensi yang bertanggungjawab terhadap parit disini.

“Pihak pejabat daerah Pontian membantu membuat ulasan kemudian diajukan kepada pihak pejabat tanah Pontian, dan selepas daripada itu saya dengan aktif membuat follow up status dengan pejabat tanah pula,” katanya lagi.

Terdahulu katanya pada 20 September, pihak pejabat tanah Pontian telah datang membuat lawatan dan mengambil sampel data lokasi tersebut untuk menentukan rizab sebenar parit tersebut sama ada di bawah JKR ataupun JPS.

“Setelah dua bulan lebih dari tarikh perjumpaan tersebut akhirnya parit tersebut diselenggara oleh pihak JPS,” kata Yeo.

Susulan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada pejabat daerah dan JPS Pontian kerana telah berjaya membantu menyelesaikan masalah penduduk disini.

“Saya juga berharap agar masalah banjir di kawasan ini selesai dengan terlaksananya kerja-kerja pembersihan parit utama ini,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top