BM | EN | 中文

SUSPEK PECAH RUMAH DICEKUP KETIKA BEREHAT DI HOTEL

barangan-dirampas.jpg
Advertisement

KLUANG, 3 DIS : ‘Keletihan’ selepas melakukan jenayah pecah rumah, empat suspek bertindak ‘berehat’ di sebuah hotel di Taman Intan, di sini, bagaimanapun tindakan mereka  mengundang padah apabila dicekup petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, suspek merupakan tiga lelaki dan seorang perempuan berusia 26 hingga 43 tahun itu berjaya ditangkap pada jam 6.30 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Kluang.

“Hasil siasatan terhadap kesemua tangkapan telah mengaku terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Kurnia pada jam 3 petang semalam.

Advertisement

“Kemudian suspek mencari sasaran seterusya di kawasan perumahan (taman) persekitaran Kluang.

“Akibat keletihan, kesemua suspek telah menginap di sebuah hotel di mana kesemuanya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Abduh berkata, pada awalnya, pasukan BSJ Kluang telah terima maklumat dari orang awam berkaitan kereta jenis Honda HRV dinaiki suspek yang mencurigakan berlegar-legar di kawasan perumahan Kluang.

Advertisement

“Bertindak atas maklumat itu, usaha mengesan kereta tersebut telah digerakkan dan kereta berjaya dikesan berada di parkir hotel tersebut.

“Susulan itu serbuan telah dibuat dan berjaya menumpaskan kumpulan berkenaan yang bergiat aktif melakukan jenayah pecah rumah serta kecurian di daerah ini,” katanya.

Tambahnya, dalam serbuan itu pasukan BSJ Kluang telah merampas pelbagai barangan curi dan sebuah kenderaan jenis Honda HRV yang dilaporkan hilang di Bukit Indah pada 30 November lepas.

Advertisement

“Pemeriksaan di dalam kereta tersebut menjumpai satu batang kayu golf, satu batang kuku kambing dan satu gulung paip ‘oxygen cutter’.

“Hasil serbuan itu juga polis telah merampas satu kad kredit bank, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, dua utas jam tangan, satu cincin perak dan pelbagai barang perhiasan jenis ‘’jed’’, pelbagai dokumen penting, 11 beg tangan pelbagai jenama dan wang tunai RM1,264.

“Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM67,800,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, kesemua tangkapan didapati positif dadah jenis ‘meth’ dalam ujian saringan air kencing dijalankan.

“Selain itu suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah dan penyalahgunaan dadah.

“Kes disiasat untuk tindakan dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah) dan jika sabit kesalahan dihukuman penjara boleh sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya lagi.

Advertisement

Jelasnya, kesemua tangkapan telah ditahan reman sejak mereka ditangkap bagi membantu siasatan bersabit kes pecah rumah di dalam dan luar daerah Kluang.

Soal siasat lanjut akan dijalankan untuk kenal pasti penglibatan dalam kes-kes lain serta usaha kesan tangkap rakan sejenayah yang masih bebas.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top