BM | EN | 中文

SUSPEK LANGGAR DANIAL AKAN DITUDUH ESOK

51566362240_TBSYEDMUHAMMADjpg.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Suspek yang disyaki melanggar Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan pada 10 Ogos lalu akan dituduh esok.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab, suspek berusia 40 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Syed Muhammad Danial, 29, meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre.

Advertisement

Harian Metro hari in melaporkan bahawa Syed Muhammad Danial terlibat dalam kemalangan kecil dengan suspek selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

Syed Muhammad Danial dilaporkan melanggar bahagian belakang kereta suspek yang menyebabkan berlaku kejar-mengejar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.

Difahamkan, berlakunya pergaduhan antara Syed Muhammad Danial dengan suspek dimana dia dilaporkan keluar dari kenderaannya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Advertisement

Suspek kemudian menekan pedal minyak dalam keadaan tergesa-gesa dan terlanggar Syed Muhammad Danial yang tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan sebelum dikejarkan ke Nilai Medical Centre oleh orang.

 

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top