BM | EN | 中文

SURUHANJAYA TENAGA SUMBANG RM10,000 BAIKPULIH MADRASAH

ODRATC0.jpg

Electricity transmission pylon against blue sky with fluffy clouds. Copyspace

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 OGOS: Suruhanjaya Tenaga (ST) memperuntukkan RM10,000 bagi kerja baikpulih pendawaian elektrik di Madrasah Tahfiz Al-Ikhsan, di Muar, yang dilanda ribut baru-baru ini.

Ia melibatkan kerja-kerja pembaikan pendawaian, pengujian serta pemasangan kelengkapan elektrik seperti kipas dan lampu cekap tenaga, menurut Pengarah Kawasan ST Johor Nazlin Ab Alik Sidiki.

Tambahnya lagi, ST turut mendapat kerjasama daripasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Islam Daerah serta Giatmara Ledang bagi menjayakan program tersebut.

Advertisement

“Pusat tahfiz ini terpilih setelah kami menerima makluman ia baharu sahaja terlibat dalam kejadian ribut dan ST mengambil kesempatan untuk sama-sama menyumbang bagi membaiki madrasah terutama daripada aspek pendawaian dan keselamatan elektrik.

“Program touchpoint ST dilaksanakan sepanjang tahun seluruh negara bagu membantu premis institusi-institusi tidak berkepentingan serta golongan kurang berkemampuan bagi memastikan pendawaian elektri di kediaman yang diduduki selamat,” Nazlin dipetik sebagai berkata dalam laporan  Bernama.

Nazlin berkata demikian pada program Touchpoint Pembaikan Pendawaian di Madrasah Tahfiz Al-Ikhsan, semalam.

Advertisement

Sementara itu, ST kini juga sedang giat menjalankan program kemasyarakatan bagi meningkatkan pemahaman pengguna mengenai kecekapan tenaga, keselamatan elektrik dan gas di premis serta kediaman.

Selain masyarakat dalam dan luar bandar, tumpuan juga akan diberikan kepada pelajar-pelajar tahfiz dan asrama untuk meningkatkan pemahaman mereka.

Program tersebut juga bertujuan memastikan pendawaian elektrik di bangunan diduduki pengguna berada dalam keadaan selamat.

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top