Oleh: Norfazliha Rosli
Kami AMK Simpang Renggam bersama-sama pegawai khas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Simpang Renggam menziarahi balu yang baru kehilangan suaminya pada kemalangan di bulan Ramadhan yang lalu sekaligus sumber pencarian keluarga ini tiada lagi.
Di Kampung Bukit Keremoyang kami hadir membantu diatas maklumat Encik Abd Halim kerana kesukaran keluarga ini mendapatkan bantuan keperluan asas dan membeli susu khusus untuk pertumbuhan tulang.
Difahamkan Puan Nurhuda Aida Muhmadi ini mengalami patah di semua bahagian seperti di kaki, tangan, leher, tulang belakang dan rusuk malah lebih buruk lagi waktu untuk pulih mungkin memakan masa lebih setahun.
Beliau terlantar dan dijaga ibunya. Semasa kemalangan anak beliau berusia kurang dua tahun terselamat cuma suami meninggal dunia di tempat kejadian.
Mercy dengan kerjasama FoodBank Kasih menyalurkan sumbangan berupa makanan asas, manakala Sarif Mohyin mewakili YB Dr Maszlee Malik membelikan susu khusus dan bantuan kewangan yang diserahkan kepada balu ini dengan sedih terharu bercampur hiba.
Kami AMK Simpang Renggam juga memberi bantuan wang tunai kepada balu ini dan duit raya kepada anak mangsa serta serahkan #FoodbankJB dari YB Akmal Nasir (Ketua AMK Malaysia).
Berat ujian keluarga ini, insyallah pihak Parlimen dan AMK akan ikuti perkembangan proses pemulihan puan ini dan bantuan dari agensi juga jabatan untuk disegerakan. Sama-sama doakan arwah suami beliau Allahyarham Osman Ismail dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Norfazliha Rosli merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Simpang Renggam