Oleh : R.Yuneswaran
Saya pernah bertugas sebagai Penyeleras kepenggunaan di bawah KPDNHEP. Tuga hakiki adalah untuk memberi laporan pemantaun harga barang kepada KPDNHEP. Memang benar harga minyak masak telah menaik mendadak berbanding dengan zaman PH sebagai kerajaan.
Minyak masak bersubsidi mudah dikenali di pasaran iaitu bungkusan plastik 1kg dengan harga tetap RM2.50. Minyak masak dalam botol 1kg atau 5kg atau selain bungkusan plastik 1kg adalah minyak masak tanpa subsidi. Minyak masak inilah yang menyaksikan peningkatan harga luar biasa sekarang.
Saya kongsikan laporan pemantauan harga sekitar Dis 2019- Mac 2020 sewaktu PH memerintah dengan gambar harga minyak yang saya ambil pada di pasaraya yang sama.
Contoh jenama minyak masak RedEagle (Helang) meningkat antara RM9.95-RM10.00
Dis 2019 harga RM24.59 (Zaman PH)
Jun 2021 harga RM34.39 (Zaman PN)
Inilah kerajaan prihatin yang dimaksudkan PN. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, minyak masak plastik sebagai alternatif susulan kenaikan harga mendadak minyak masak dalam botol.
Apakah ini adalah jalan penyelesaian untuk rakyat?
Timbalan Menteri juga menyatakan kegunaan minyak masak untuk rakyat Malaysia adalah 1.8 kilogram sebulan dan ini adalah purata kegunaan untuk isi rumah. Jika diikutkan bekalan minyak bersubsidi ini cukup untuk kegunaan rakyat?
Saya ingin bertanya, adakah 1.8kg cukup untuk satu keluarga bagi sebulan? Goreng ikan pun perlukan hampir 200-250gram/ atau satu perempat.
Menteri yang paling berjaya menguruskan dan mengetuai KPDNHEP adalah bekas Menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Kerajaan perlu belajar formula dan kaedah untuk mengawal harga barang dari beliau.
Kerajaan boleh memberi subsidi minyak masak 5kg secara one-off. Kerajaan juga boleh mengawal harga minyak melalui subsidi, tetapi kenapa kerajaan tidak hiraukan perkara ini?
Mana menteri KPDNHEP?
R.Yuneswaran merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Johorkini