BM | EN | 中文

[SURAT PEMBACA] Keraguan berkaitan tempoh pengecualian cukai jalan dan kekurangan disk LKM oleh JPJ

JPJ-roadblock-Bernama.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

Oleh: Hishamuddin Aziz

Saya mewakili Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (PERWATAM) yang terdiri daripada wakil takaful am Muslim seluruh Malaysia telah terpanggil untuk membuat satu kenyataan berkaitan tempoh pengecualian cukai jalan dan kekurangan bekalan disk Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang dihadapi oleh ahli PERWATAM dan pengguna kenderaan bermotor seluruh Malaysia.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKPB dan PKPP), PERWATAM telah mendapat maklum balas daripada ahli PERWATAM dan pengguna sedia ada berkaitan tempoh pengecualian memperbaharui LKM bagi kenderaan persendirian yang diumumkan oleh pihak JPJ berkuatkuasa dari 1 Februari 2021 sehingga 31 Mac 2021 di mana mempunyai masalah yang masih belum terjawab oleh pihak JPJ.

Advertisement

Apa yang berlaku adalah kesulitan dalam membuat transaksi LKM kenderaan persendirian yang telah tamat tempoh melebihi satu tahun atau tiga tahun yang melibatkan pemeriksaan PUSPAKOM di mana laporan PUSPAKOM mempunyai tempoh sah laku untuk pengguna melakukan transaksi LKM sebelum tarikh akhir tamat tempoh laporan.

Masyarakat umum telah mengetahui bahawa kaunter JPJ tidak membenarkan transaksi LKM persendirian dalam tempoh pengecualian ini dan pengguna terpaksa melakukan temujanji pemeriksaan semula apabila terlepas tarikh akhir yang diberikan.

Lanjutan daripada pengumuman pengecualian cukai jalan, maka ada beberapa pengguna mengambil inisiatif hanya untuk memperbaharui insuran sahaja dan tidak melakukan transaksi LKM dalam tempoh 14 hari dari tarikh insuran berkuatkuasa.

Advertisement

Apabila pengguna melakukan transaksi LKM bersama rakan niaga JPJ iaitu MyEG secara dalam talian selepas tempoh 14 hari tersebut, maka sistem tidak dapat melakukan transaksi LKM bagi tempoh satu tahun tetapi hanya layak cukai jalan untuk tempoh enam bulan sahaja.

Ini menimbulkan kesukaran dan menambah kos kewangan kepada pengguna untuk membuat penyambungan semula insuran bagi mendapatkan cukai jalan tempoh setahun atau cukai jalan enam bulan kedua berikutnya.

Mengenai bekalan disk LKM, masyarakat umum telah mengetahui bahawa kaunter JPJ dan Pejabat Pos tidak beroperasi sepanjang tempoh pengecualian ini tetapi hanya MyEG sahaja boleh melakukan transaksi LKM secara dalam talian bagi kenderaan persendirian.

Advertisement

Ini menimbulkan keresahan kepada pengguna apabila pihak MyEG turut memaklumkan telah kehabisan bekalan disk LKM. Jangka masa penghantaran disk LKM yang telah dicetak pula mengambil masa begitu lama sehingga 30 hari kesan daripada kekurangan bekalan.

Keadaan ini turut mendatangkan masalah kepada pengguna apabila melalui sekatan jalan raya (SJR) kerana sebahagian penguatkuasa tidak cakna mengenai pengecualian LKM yang telah diberikan oleh pihak JPJ dan memberi teguran atau amaran bahawa LKM perlu diperbaharui segera.

Mohon penyelarasan maklumat di antara JPJ dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan isu ini.

Advertisement

Kami berharap agar sebaik sahaja berakhir tempoh pengecualian pada 31 Mac 2021, pihak JPJ termasuk rakan niaganya iaitu MyEG dan Pejabat Pos mempunyai bekalan disk LKM yang mencukupi bagi memudahkan orang ramai memperbaharui cukai jalan di mana orang ramai tidak perlu berpusu-pusu ke kaunter JPJ sahaja di waktu pendemik Covid19 ini.

PERWATAM juga bersedia membantu orang ramai melalui ahli-ahli berdaftar PERWATAM bagi memudahkan urusan mereka untuk memperbaharui cukai jalan.

Kami adalah wakil sah takaful dan insuran serta wakil sah kiosk MyEG yang mencukupi di seluruh Malaysia demi membantu orang ramai dan seterusnya mengurangkan risiko jangkitan Covid19.

Advertisement

Saya berharap dengan adanya perkongsian isu-isu dari PERWATAM ini akan mendapat perhatian dari pihak berwajib seperti pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Wee Ka Siong (Ahli Parlimen Ayer Hitam) agar isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dan efisyen.

Hishamuddin Aziz
Pengerusi Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (PERWATAM)

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top