BM | EN | 中文

[SURAT PEMBACA] Bersatu Johor dibuli lagi?

Bersatu-UMNO.jpg
Advertisement

Oleh: George Poh Eng Guan

Perikatan Nasional Johor telah mengumumkan senarai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor.

Apa yang mengejutkan, daripada kerusi DUN yang sedia ada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah ditempatkan di kerusi majoriti Cina, dimana ia kebiasaannya ditandingi oleh MCA.

Advertisement

Pembahagian kerusi Penyelaras DUN adalah bayangan kerusi yang akan ditandingi ketika pilihanraya umum (PRU).

Jika PRU akan datang, Bersatu bertanding di kerusi-kerusi yang diletakkan Penyelaras DUN mereka, ini merupakan petanda bahawa UMNO sedang perlahan-lahan “membunuh” Bersatu.

Ia adalah strategi yang sama dipakai oleh UMNO untuk menamatkan karier politik seorang Menteri Besar Johor suatu masa dulu, dengan menghantar beliau bertanding di Parlimen Gelang Patah, berhadapan dengan Lim Kit Siang.

Advertisement

BACA: Percaturan jawatan penyelaras DUN usaha Umno kekang kekuatan Bersatu di Johor

Lebih mengejutkan, MCA pula tidak diletakkan sebagai Penyelaras di DUN Yong Peng yang mempunyai majoriti penduduk kaum Cina.

Sama ada MCA Johor telah sedar diri bahawa mereka tidak mampu menandingi perkhidmatan cemerlang DAP di situ, atau MCA Johor telah hilang suara di dalam komponen Perikatan Nasional di Johor.

Advertisement

Saya sangat pasti, tempoh lebih kurang tiga tahun Bersatu bersama Pakatan Harapan sebagai rakan komponen, ia adalah detik indah untuk Bersatu khasnya di Johor.

Pakatan Harapan di Johor memberi laluan istimewa untuk Bersatu bertanding di kerusi-kerusi DUN yang mempunyai komposisi campuran.

Kerusi-kerusi yang dimiliki Bersatu kini, adalah kerusi yang mempunyai potensi cerah untuk dimenangi jika Bersatu bersama Pakatan Harapan.

Advertisement

Bersatu Johor perlu bertindak sekarang, untuk menjaga kebolehupayaan partinya di Johor. Takkanlah sebuah parti Perdana Menteri berasal dari Johor, tapi dibuli UMNO di Johor?

Jangan kerana seseorang ingin duduk selesa di kerusi Perdana Menteri, ahli Bersatu Johor yang lain perlu mengorbankan diri.

Perjuangan Bersatu bukanlah untuk mendukung kepentingan individu.

Advertisement

George Poh Eng Guan merupakan pembaca Johorkiini

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis, dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top