BM | EN | 中文

SUNWAY MALLS BUKA PUSAT MEMBELI-BELAH ‘RUNCIT HIBRID’ PERTAMANYA DI SUNWAY ISKANDAR

sunway-big-box.jpg

H C Chan (tengah) memotong riben pada majlis pembukaan Sunway Big Box

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 DIS: Sunway Malls membuka pusat membeli-belah ‘runcit hibrid’ (hybrid retail) pertamanya di Malaysia, Sunway Big Box Retail Park di Sunway Iskandar, di sini.

Pusat membeli-belah dua tingkat yang dikenali sebagai Sunway Big Box itu membawa konsep kedai gudang besar yang beroperasi di persekitaran terbuka.

H C Chan (dua, kanan) ketika melawat pasar raya borong NSK Trade City di Sunway Big Box,

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli Belah dan Taman Tema Sunway, H C Chan berkata, pusat beli-belah seluas 24 ekar yang merangkumi kombinasi 13 kedai format besar dan 100 outlet runcit dibangunkan dengan kos RM250 juta.

Advertisement

“Pra pelancaran pusat membeli-belah ini merupakan pembangunan runcit ketujuh Sunway Malls dimana dalam masa terdekat, kami akan membuka taman runcit untuk para pengunjung di sini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang memberikan pembaharuan terhadap adegan runcit di Johor, dimana Sunway Bix Box ini direka dan dibina untuk memberi suasana kelainan kepada pelanggan.

“Ini merupakan taman hibrid runcit pertama oleh Sunway Malls yang membawa kelainan daripada format pusat membeli-belah konvensional,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, Sunway Bix Box merupakan satu pembangunan yang akan menjadi tempat untuk masyarakat bersosial, berbelanja dan berkumpul di ruangan yang luas.

Terletak berdekatan dengan Lebuhraya Pesisir Pantai Linkedua (CHSL) yang menyambungkan ke negara Singapura, pusat membeli tersebut menyediakan lebih 2,000 tempat letak kenderaan untuk para pengunjung.

Antara kedai dan outlet yang terdapat di situ termasuklah pasaraya borong NSK Trade City, EnergyX Park, Skechers, SSF, Golden Screen Cinemas, Loon Sing Restaurant, MOX, Sports Direct, Ace Hardware, Happy Fish, Mr DIY, Tomaz, Caltex, Starbucks, KFC, Burger King dan lain-lain lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top