BM | EN | 中文

Sunway ambil alih kepentingan majoriti dalam Multicare Health Pharmacy

sunway-multicare-pharmacy.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Sunway Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Sunway Holdings Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan pemilik Multicare Pharmacy untuk memperoleh kepentingan majoriti dalam Multicare Health Pharmacy Sdn Bhd.

Walaupun butiran perjanjian itu tidak didedahkan, pengambilalihan itu yang tertakluk kepacia penyelesaian syarat-syarat tertentu, ia akan dilakukan secara tiga bahagian dan akan selesai pada tahun 2026.

“Dengan pengambilalihan tersebut, kami dapat memanfaatkan gabungan kepakaran operasi kepakaran dan farmasi Multicare serta platform digitalisasi teknologi maklumat Sunway yang komprehensif.

Advertisement

“Kami yakin bahawa kumpulan farmasi itu akan menjacii salah satu rangkaian farmasi runcit yang paling pesat berkembang dan peneraju pasaran paling berjaya di Malaysia,” kata Presiden Kumpulan Sunway, Tan Sri Chew Chee Kin dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sunway memasuki pasaran farmasi pada tahun 2016 dengan penubuhan Sunway Pharmacy yang kini mempunyai 12 cawangan di Lembah Klang dan satu di Johor.

Dengan cadangan pengambilalihan 76 cawangan farmasi Multicare di enam negeri di Semenanjung Malaysia pada Mei, 2021, kumpulan yang digabungkan itu akan menjadi salah satu penggiat pasaran utama di negara ini.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top