BM | EN | 中文

Suntikan ketiga: Kerajaan patut dapat maklumat awal sebelum umum buka sektor

khalim.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 20 SEPT: Pengumuman kerajaan untuk mengadakan suntikan ketiga bagi vaksin Sinovac dan Pfizer membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai penerusan kegagalan kerajaan sebelum ini.

Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib berkata, kecelaruan dalam pentadbiran Ismail ini mulai jelas ketika ini.

Beliau turut menemplak tindakan kerajaan yang membuat keputusan secara melulu dan tidak mempunyai pelan besar dalam isu vaksinasi ini.

Advertisement

“Tetap masih keliru dan celaru walaupun sudah bertukar Perdana Menteri (PM) namun amalan kerajaan sebelum ini tetap diamalkan oleh PM ketika ini.

“Rakyat akan terus terhukum dengan keadaan ini seperti sebelum ini dan ini akan memungkinkan rakyat terus menjadi keliru.

“Sepatutnya kerajaan perlu mendapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum mengumumkan pembukaan pelbagai sektor sehingga keputusan vaksinasi ketiga wajib dijalankan.

Advertisement

“Bagaimana dengan mereka yang kini boleh ‘dine in’ dengan dua dos sebelum ini? Bagaimana dengan sijil sempurna dos? Bagaimana mereka kini yang berada di kawasan pelancongan dalam negara seperti Langkawi?

Beliau turut menempelak tindakan kerajaan ini tidak masuk akal serta menyusahkan orang ramai dan ia menunjukkan bahawa kerajaan hari ini gagal dan lemah.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan suntikan dos ketiga dijangka bermula awal Oktober ini, maklum Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Advertisement

Khairy berkata, kumpulan yang dikenal pasti akan mendapat suntikan dos ketiga termasuk golongan tua yang mempunyai morbiditi, petugas barisan hadapan dalam situasi berisiko tinggi, mereka yang mempunyai imuniti rendah, serta kakitangan dan penghuni rumah warga emas.

Terdahulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan setuju untuk memberikan dos ketiga vaksin Covid-19 sebagai langkah meningkatkan perlindungan kepada orang ramai.

Katanya, keutamaan akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dulu serta mereka termasuklah petugas barisan hadapan, pesakit kurang daya tahan imunisasi, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang bekerja atau tinggal di pusat jangka panjang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top