BM | EN | 中文

Suntikan imunisasi pelajar sekolah Johor dibuat di fasiliti kesihatan kerajaan

suntikan-imunisasi.jpg

(Gambar Ehsan Blog Sekolah Seni Johor Bahru)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 MEI: Suntikan imunisasi yang diberikan kepada pelajar sekolah bagi mencegah penyakit jangkitan akan dilaksanakan di fasiliti kesihatan kerajaan seperti Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau Pejabat Kesihatan Daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri. R. Vidyananthan berkata, program imunisasi itu akan dijalankan secara berperingkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapatkan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu dalam menyelaras pemakluman kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkhidmatan imunisasi ini.

Advertisement

“Ini adalah penting untuk mencegah penularan penyakit berjangkit.

“Murid yang terlibat adalah murid Tahun 1 untuk imunisasi mencegah penyakit demam campak (measles), Rubella, Difteria dan kancing gigi (Tetanus).

“(Manakala) murid perempuan Tingkatan 1 untuk imunisasi Human Papilloma Virus (HPV) dan murid Tingkatan 3 untuk imunisasi ATT (dos tambahan vaksin Tetanus),” kata Vidyananthan dalam kenyataannya hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu beliau berkata bagi tahun 2020, keutamaan diberikan kepada pemberian imunisasi Tahun 1.

“Sehubungan dengan itu, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk membawa anak-anak untuk mendapatkan imunisasi di fasiliti kesihatan berhampiran apabila menerima jadual temujanji melalui pihak sekolah,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top