BM | EN | 中文

Sungai tak diselenggara hingga air melimpah punca banjir di Kluang

hujan-banjir-kluang-jan-2021.png
Advertisement

KLUANG, 4 JAN: Kluang adalah daerah yang paling terjejas teruk dengan banjir yang melanda di negeri Johor sejak 1 Januari 2021 yang lalu.

Sehingga semalam terdapat 19 Pusat Permindahan Sementara (PPS) dibuka daripada 60 PPS di seluruh Johor yang melibatkan sebanyak tujuh daerah yang terjejas.

Menurut Musa Mohd Amin, Pengerusi PPS SMK Sri Perdana Kluang, berkata antara punca utama Kluang terjejas teruk dengan banjir kali ini adalah disebabkan penyelenggaraan saliran sungai yang tidak dilakukan.

Advertisement

“Saliran sungai di daerah ini didapati tidak diselenggara sudah lama dan ini menyebabkan aliran air tidak berjalan dengan baik.

“Ada sungai yang sudah tumbuh pokok di dalamnya. Kita boleh ukur berapa lama sungai tersebut tidak diselenggara,” ujarnya ketika ditemui.

Beliau turut memberi ucapan terima kasih kepada rombongan dari Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor yang hadir menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS berkenaan.

Advertisement

Dalam pada itu rombongan yang diketuai oleh Naib Pengerusi Parti Amanah Johor, Abdul Hamid Jamah berkata sumbangan tersebut bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir.

“Sumbangan berbentuk peralatan keperluan harian dan peralatan keselamatan kesihatan turut diberikan di PPS ini.

“Parti Amanah Johor juga telah menggerakkan jentera kepada semua peringkat bagi usaha untuk menyantuni mangsa banjir serta membantu mereka.

Advertisement

“Kita akan usahakan sebaik mungkin bagi membantu keadaan yang menimpa mangsa di seluruh kawasan di negeri Johor. Saya berharap perkara dapat disambut baik oleh orang ramai,” katanya selepas menyampaikan bantuan.

Turut hadir dalam misi bantuan banjir tersebut, Adun Mahkota, Mohd Said Jonit, Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman dan jentera Parti Amanah Johor dan Kluang

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top