BM | EN | 中文

Sungai Skudai tersumbat sampah punca banjir Kampung Pasir, PBT diminta bertindak

sampah-sungai-skudai-johor-bahru.png

Sampah dalam Sungai Skudai punca banjir di Kampung Pasir dan kampung sekitar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JUL: Sungai yang menjadi punca banjir di Kampung Pasir dekat sini perlu diberi tumpuan penyelesaian oleh pihak berwajib.

Azmi Misni

Ketua Kampung Azmi Misni berkata, antara punca berlakunya banjir akibat lambakan sampah di lokasi pengumpulan sisa di kampung berkenaan selain ada pihak mengambil jalan pintas dengan membuang sampah ke dalam sungai.

Namun katanya, lambakan sampah berpunca dari masalah jadual kekerapan kutipan selain fasiliti yang tidak mencukupi bagi menampung keperluan penduduk.

Advertisement

Akibatnya menyebabkan sungai tersumbat dan mengundang padah seperti banjir, pencemaran dan rasa tidak selesa.

“Masalah paling utama adalah berkenaan pengangkutan sampah yang dijalankan seminggu sekali sahaja. Selain itu tapak pengumpulan sampah yang jauh, sejauh (1km) menyusahkan para penduduk untuk membuang di kawasan disediakan.

“Kadang-kadang berlaku keadaan seperti lori sampah rosak dan sebagainya. Kebiasaannya mereka memungut sampah sehingga memakan masa dua tiga minggu sekali.

Advertisement

“Penduduk kampung ada dua insiatif, ada yang menghantar ke tapak pembuangan sampah dan ada yang membuangnya ke sungai. Melalui tinjauan sampah-sampah ini akan membuatkan air tidak mengalir lancar di longkang-longkang kecil dan ia akan tersumbat,” katanya.

[ VIDEO: Sungai Skudai tersumbat sampah punca banjir di Kg Pasir dan sekitar ] 

Selain itu kata Azmi, pam air berhampiran sungai sering mengalami kerosakan akibat sampah tersumbat di kawasan perangkap sampah juga antara punca air tidak boleh dilepaskan ke sungai dan mengakibatkan banjir.

Advertisement

“Itulah pemangkin kepada banjir yang berlaku,” katanya lagi.

Adun Perling, Cheo Yee How

Mengulas perkara itu, Adun Perling, Cheo Yee How berkata, peranan pihak berwajib seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menguruskan sampah penduduk ini perlu disegerakan.

“Selalunya perlu tiga kali dalam seminggu untuk kutipan sampah. Bukan seperti hari ini di mana hanya seminggu sekali sahaja.

Advertisement

“Kita kena meneliti keadaan sampah di sekitar Sungai Skudai bagi mengendalikan pembersihan sungai ini. Bukan sahaja di Kampung Pasir malah membabitkan kampung-kampung di sekitar kawasan sungai ini.

“Selain itu, tiga perkara yang perlu dibuat adalah, pembersihan, penyelenggaraan serta pendidikan kepada penduduk berkenaan kepentingan sungai terhadap diri mereka,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top