BM | EN | 中文

Sungai Pontian Besar makin cetek dibimbangi timbulkan masalah banjir

Sungai-Pontian-Besar-makin-cetek-dibimbangi-timbulkan-masalah-banjir.png

Yeo menunjukkan keadaan Sungai Pontian Besar yang dipenuhi pasir sehingga menjadi cetek dekat Kampung Seri Gambut, Pontian

Advertisement

PONTIAN, 11 FEB: Sungai Pontian Besar disini yang semakin cetek dibimbangi menjadi punca banjir kata Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong.

Beliau berkata, penduduk kampung akan menjadi mangsa sekiranya sungai itu tidak lagi dapat menampung aliran air yang banyak.

“Sepertimana yang saya bentangkan didalam sidang dewan yang lalu, saya menyeru agar pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mengorek keluar pasir yang banyak ini.

Advertisement

“Jika pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS) tiada peruntukan untuk mengorek pasir, maka eloklah pasir tersebut dijual,

“Setidaknya ia mendatangkan hasil dan berkemungkinan besar dapat menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi penduduk,” kata Yeo dalam satu kenyataan.

Beliau yang membuat tinjauan di sungai tersebut dekat Kampung Seri Gambut turut memuatnaik gambar yang berjalan kaki ke bahagian tengah sungai.

Advertisement

“Biasanya orang ke sungai akan menaiki bot, tetapi kali ini lain dari yang lain, kita turun berkaki ayam.

“Sanggup saya turun redah sungai ini untuk membuktikan bahawasanya sungai ini sudah terlalu cetek. Saya telah membuktikan bahawa apa yang dicanang oleh orang kampung adalah benar belaka.

“Bila dah tak dapat tampung aliran air yang banyak, maka orang kampung yang menjadi mangsa menghadapi banjir.

Advertisement

“Saya berharap seruan yang merupakan suara rakyat yang menderita ini mendapat perhatian daripada pihak kerajaan,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top