BM | EN | 中文

Sumber kekayaan meragukan, SPRM harus siasat Rina Harun – DAPSY

Sumber-kekayaan-Rina-Harun-meragukan-SPRM-harus-siasat-–-DAPSY.jpg

Sumber kekayaan meragukan, SPRM harus siasat Rina Harun - DAPSY

Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan terhadap sumber kekayaan Datuk Seri Rina Harun dalam menyelesaikan hutangnya, kata Naib Ketua DAPSY Kebangsaan, Jenny Choy

Menurut Jenny, SPRM harus menyiasat sama ada Menteri di Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu mempunyai sumber pendapatan tambahan atau pun tidak.

Adun Canning itu dilaporkan Roketkini berkata, data pengisytiharan aset SPRM pada bulan November 2019 menyatakan bahawa aset milikan Rina Harun berjumlah RM72,000 dengan pendapatan bulanan RM34,004.48.

Advertisement

“SPRM perlu menyiasat bagaimana Rina Harun berjaya membayar hutangnya sebanyak RM1,340,642 dalam 15 bulan.

“Sekiranya sumber pendapatan Rina Harun tidak berubah, beliau memerlukan lebih kurang 40 bulan untuk mengumpulkan dana yang cukup bagi melunaskan hutang tanpa mengeluarkan satu sen pun dari pendapatannya,” kata Jenny dalam satu kenyataan semalam.

Media melaporkan pada 8 November 2018, sebuah syarikat Perancis telah mengemukakan saman terhadap Rina untuk beberapa filem, rancangan komedi dan dokumentari dalam genre komedi yang dijual kepada tiga syarikat di mana Rina adalah pengarah.

Advertisement

Pada 17 November 2020, Rina diberi notis bankrap untuk hutang berjumlah RM1,340,642.02.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top