BM | EN | 中文

Sumber domestik sumbang 70 peratus pelaburan diluluskan bagi suku pertama – MIDA

mida.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 JUL: Malaysia mencatatkan sejumlah RM37.4 bilion bagi pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada suku pertama tahun ini dengan 70.4 peratus atau RM26.3 bilion adalah pelaburan langsung domestik (DDI).

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, lima sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) adalah Switzerland dengan pelaburan bernilai RM2.7 bilion, Singapura (RM2.1 bilion), Amerika Syarikat (RM2.0 bilion), China (RM1.4 bilion) dan Jepun (RM0.9 bilion).

Menurut MIDA dalam kenyaataannya semalam, Malaysia terus menarik pelabur dan bersedia menjadi hab rantaian bekalan global di Asia dam mempunyai kehadiran kukuh pembekal dan perniagaan tempatan berkualiti tinggi dalam ekosistem perindustrian.

Advertisement

“Dengan gabungan banyak lagi saranan nilai, kita yakin Malaysia akan terus menjadi lokasi menarik bagi syarikat global untuk menggabungkan kepelbagaian dan fleksibiliti terhadap rantaian bekalan mereka,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, COVID-19 dan kaitannya telah menyebabkan pelabur mempertimbangkan semula strategi perniagaan mereka dan menangguhkan keputusan untuk melabur.

“Walaupun setiap krisis hadir dengan cabaran amat besar, ini merupakan peluang terbaik untuk menukar pergerakan dan menumpukan kepada keadaan yang lebih baik.

Advertisement

“Kita mungkin tidak mampu mencapai tahap pelaburan krisis pra-COVID-19 pada tahun ini. Bagaimanapun, kita akan terus agresif dalam usaha promosi untuk mengekalkan dan menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik bagi menghidupkan semula ekonomi,” katanya.

Memperincikan mengenai pelaburan itu, MIDA berkata sektor pembuatan adalah penyumbang terbesar kepada nilai pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2021 iaitu sebanyak RM25.2 bilion, diikuti sektor perkhidmatan (RM11.9 bilion) dan sektor utama (RM0.3 bilion).

Menurut agensi itu, pelaburan ini melibatkan 892 projek dan akan menjana lebih 19,100 pekerjaan di negara ini.

Advertisement

MIDA berkata lima negeri – Sabah, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Kuala Lumpur menyumbang RM30.0 bilion (80.1 peratus) kepada jumlah pelaburan yang diluluskan bagi Januari hingga Mac 2020.

Dari segi jumlah projek yang diluluskan, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama dalam suku berkenaan iaitu 70 peratus.

“Pelaburan ini melibatkan 669 projek perkhidmatan yang akan menambah 3,400 peluang pekerjaan baharu kepada ekonomi. Daripada jumlah itu, pelaburan domestik menyumbang 97.5 peratus atau RM11.6 bilion, manakala pelaburan asing menyumbang 2.5 peratus atau RM0.3 bilion,” kata MIDA.

Advertisement

Sejak Januari hingga Mac 2020, pelaburan diluluskan dalam sektor utama berjumlah RM281.3 juta atau 0.8 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi.

Sektor utama terdiri daripada perlombongan, perladangan dan komoditi, dan sub-sektor pertanian.

Pelaburan oleh sumber asing menyumbang kepada majoriti pelaburan dalam sektor itu yang berjumlah RM144.4 juta, manakala pelaburan domestik menyumbang RM136.9 juta, kata MIDA.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top