BM | EN | 中文

Sumbangan rakyat Malaysia untuk Masjid al-Aqsa tak sampai?

IMG-20200220-WA0001.jpg

Masjid al-Aqsa

Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Jutaan ringgit sumbangan rakyat Malaysia selama ini untuk Masjid al-Aqsa didakwa tidak pernah sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang mentadbir urus masjid berkenaan.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali dipetik dalam temubual bersama Metro TV berkata, pihaknya mengesan kepincangan itu sejak dua tahun lalu.

Katanya, pihaknya menerima maklumat bahawa jabatan itu tidak memperoleh sebarang sumbangan yang sepatutnya disalurkan untuk pelbagai tujuan termasuk pembangunan dan pembebasan Masjid al-Aqsa.

Advertisement

“Kami difahamkan oleh jabatan itu, sumbangan dana rakyat Malaysia selama ini tidak pernah sampai kepada mereka.

“Perkara ini juga disahkan Imam Masjid al-Aqsa sendiri yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini mendedahkan mereka tidak pernah terima dana sumbangan rakyat Malaysia sejak sekian lama.

“Kita juga mempunyai bukti memang wujud penyelewengan ke atas dana Palestin dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Advertisement

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) diketuai Pengerusi NSTP Tan Sri Ismail Omar di Balai Berita, kelmarin.

Walid turut meminta rakyat Malaysia sentiasa berwaspada dengan penipuan aktiviti mengutip dana yang mempergunakan nama Masjid al-Aqsa.

“Saya rasa rakyat Malaysia yang selama ini menderma, tidak menyedari sumbangan mereka tidak pernah sampai kepada pengurusan Masjid al-Aqsa.

Advertisement

“Jadi kita berharap rakyat Malaysia perlu ambil tahu ke mana perginya sumbangan mereka itu,”katanya lagi.

Tambahnya, sebarang sumbangan dana untuk Masjid al-Aqsa hanya melalui Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang ditadbir urus Kementerian Wakaf Jordan dan pihak berkuasa Palestin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top