BM | EN | 中文

Sumbangan ibu bapa, penjaga untuk Tabika Perpaduan Johor dikecualikan hingga Jun 2020

Tabika-Perpaduan-Taska-Genius-Perpaduan.jpg

Gambar Ehsan www.perpaduan.gov.my/

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 APR: Para ibu bapa dan penjaga dikecualikan daripada membayar sumbangan untuk kanak-kanak yang belajar di Tabika Perpaduan dan juga Taska Genius Perpaduan Johor bagi tempoh Mac sehingga Jun 2020.

“Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor telah mengambil inisiatif agar sumbangan ibu bapa dan penjaga untuk kanak-kanak Tabika Perpaduan dan juga Taska Genius Perpaduan dikecualikan bagi tempoh bulan Mac 2020 sehingga Jun 2020,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Vidyananthan Ramanadhan.

Menurutnya sebanyak 206 buah Tabika Perpaduan dan juga dua buah Taska Genius Perpaduan di seluruh Negeri Johor terpaksa ditutup lanjutan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020,

Advertisement

Difahamkan ia melibatkan 4,521 kanak-kanak dan 424 guru, penolong guru, pendidik serta pembantu pendidik di seluruh negeri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top