BM | EN | 中文

SUMBANGAN ADUN JEMENTAH CERIAKAN SAMBUTAN DEEPAVALI

Tan-Chen-Choon.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 19 OKT: Melalui kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jementah, satu majlis penyampaian bantuan Deepavali peringkat DUN tersebut telah diadakan d isini, semalam.

Seramai 38 orang telah dipilih untuk menerima sumbangan Deepavali berbentuk barangan keperluan harian bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut perayaan berkenaan.

Adun Jementah Tan Chen Choon berkata, perayaan Deepavali yang menjelang tiba tidak lama lagi menjadi ruang terbaik bagi beliau menyantuni masyarakat India di DUN Jementah.

Advertisement

Hasrat tersebut turut diselaraskan dengan Pejabat DUN Jementah bersama wakil masyarakat India, Veerapan menerusi Majlis Penyerahan Sumbangan Deepavali DUN Jementah yang berlangsung semalam.

“Semoga sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak memberi sinar kebahagiaan kepada penerima untuk meraikan perayaan Deepavali bersama keluarga tercinta,” kata Tan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top