BM | EN | 中文

Sultan Selangor zahir sukacita penamaan Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz

jalan-prof-diraja-ungku-aziz-selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 21 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan sukacita apabila Jalan Universiti di Petaling Jaya dinamakan semula sebagai Jalan Prof Diraja Ungku Aziz.

Menerusi Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menggantikan semua papan tanda menggunakan nama baharu di sekitar kawasan itu.

Pada 31 Disember tahun lalu, baginda berkenan menamakan semula Jalan Universiti kepada Jalan Prof Diraja Ungku Aziz.

Advertisement

Terdahulu SelangorKini melaporkan, pemilihan jalan berkenaan bertepatan kerana merupakan jalan pintu masuk utama ke pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Mahsa.

Sultan Selangor berkenan mengabadikan nama tokoh tersohor tanah air itu sebagai mengenang jasa dan bakti Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid semasa hayatnya dalam bidang pendidikan serta ekonomi Melayu.

Pada 15 Disember tahun lalu Ungku Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur akibat sakit tua.

Advertisement

Allahyarham yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 adalah seorang tokoh negara paling disegani.

Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (Singapura) dari 1952 hingga 1961, sebelum dilantik ke jawatan profesor dan seterusnya dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (Kuala Lumpur) dari 1962 hingga 1965.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top