BM | EN | 中文

Sultan Selangor berkenan tukar nama Jalan Universiti kepada Jalan Prof Diraja Ungku Aziz

Sultan-Selangor-tukar-nama-Jalan-Universiti-kepada-Jalan-Prof-Diraja-Ungku-Aziz.png

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 31 Disember 2020. (Gambar Ehsan Selangor Royal Office)

Advertisement

SHAH ALAM, 31 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya kepada Jalan Prof Diraja Ungku Aziz.

Selangor Royal Office dalam kenyataan memaklumkan pertukaran itu akan dilaksana dengan kadar segera.

“Baginda berkenan mengabadikan nama tokoh tersohor tanah air itu pada jalan berkenaan bagi mengenang jasa dan bakti Allahyarham semasa hayatnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi Melayu.

Advertisement

“Pemilihan Jalan Universiti untuk dinamakan semula bertepatan kerana ia adalah jalan pintu masuk utama ke pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Mahsa,” katanya, lapor SelangorKini.

Ungku Abdul Aziz pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (Singapura) dari 1952 hingga 1961, sebelum dilantik ke jawatan profesor dan seterusnya dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (Kuala Lumpur) dari 1962 hingga 1965.

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap anak Allahyarham, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bagi menyampaikan hasrat sekali gus memutuskan pertukaran nama jalan berkenaan.

Advertisement

Jalan Universiti sepanjang 3.2 kilometer adalah jalan utama yang menghubungkan Petaling Jaya ke Kuala Lumpur yang dibina pada 1960 dan merupakan jalan dua hala pertama di Malaysia.

Jalan itu turut menghubungkan ke jalan utama lain seperti Lebuhraya Persekutuan, Jalan Prof Khoo Kay Kim, Jalan Dato’ Abu Bakar 16/1 dan Jalan Harapan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top