BM | EN | 中文

Sultan, Permaisuri Johor titip kata-kata semangat buat petugas perubatan

Sultan-Permaisuri-Johor-zahir-kata-kata-semangat-buat-petugas-perubatan.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menzahirkan kata-kata semangat kepada petugas perubatan di semua hospital di negeri itu.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim semalam, kata-kata semangat itu dizahirkan baginda beruda menerusi satu poster yang turut ditandatangani secara peribadi.

Poster itu diserahkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu oleh Ketua Pegawai Media Royal Press Office (RPO) Ravi Nambiar dan Penolong Pengarang Berita RPO Muhd Nazri Azmi di Wisma Persekutuan di sini hari ini sebelum diedarkan kepada hospital di seluruh daerah.

Advertisement

Menurut hantaran itu, Raja Zarith Sofiah bertitah poster mengandungi kata-kata semangat tersebut merupakan penghargaan keluarga diraja Johor atas jasa dan usaha berterusan kakitangan perubatan di negeri itu merawat Bangsa Johor yang dijangkiti COVID-19.

“Kami berharap kata-kata semangat ini sedikit sebanyak terus membakar semangat kakitangan barisan hadapan dalam menyampaikan perkhidmatan mereka.

“Kami juga ingin mengingatkan rakyat supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 sekali gus mengurangkan beban ke atas sektor perubatan negara kita,” titah baginda.

Advertisement

Hantaran itu turut menyatakan sejak penularan pandemik COVID-19, keluarga diraja Johor telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan seperti peralatan perubatan dan makanan asas kepada golongan yang memerlukan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top