JOHOR BAHRU, 5 DIS: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menziarah makam anakandanya, Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Makam DiRaja Mahmoodiah, di sini hari ini.
Mengiringi baginda, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Disember 2015 setelah bertarung dengan kanser hati tahap empat di Hospital Sultanah Aminah, di sini.
Dalam kunjungan itu, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor turut mengadakan majlis tahlil ringkas.
Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor diilhamkan oleh Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang bertujuan membantu pesakit kanser dan keluarga mereka.
Johorkini