JOHOR BAHRU, 5 DIS: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anakanda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil di makam DiRaja Mahmoodiah di sini hari ini.
Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Dis 2015 akibat kanser hati.
Menerusi hantaran di laman Facebook baginda hari ini, disertakan beberapa gambar Sultan Ibrahim ketika membacakan surah Yasin dan tahlil.
Baginda kemudiannya menyiram air mawar dan menabur bunga di makam Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Johorkini