BM | EN | 中文

Sultan Johor titip nasihat buat wanita kahwini lelaki Sikh di India

Sultan-Ibrahim-Sultan-Iskandar.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menasihat wanita Malaysia yang mengahwini warga India untuk memastikan tindakannya itu direstui kedua ibu bapanya.

Baginda juga mahu keabsahan agama wanita itu disahkan melalui ahli keluarganya di sini dan menerusi maklumat daripada kedutaan Malaysia di India.

“Saya juga ingin menitipkan nasihat buat wanita yang berasal dari Negeri Johor tersebut bahawa dalam membuat sesuatu keputusan pastikan tindakan anda adalah suatu tindakan yang direstui oleh ibu bapa anda dan tidak melanggar norma-norma yang ditetapkan agama Islam kita.

Advertisement

“Saya berkeyakinan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Mufti Negeri Johor akan memberikan semua bantuan yang perlu kepada wanita tersebut bagi mengekalkan akidah wanita ini dalam lingkungan syariat Islam,” titah baginda menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi hari ini.

Baginda sebelum itu melahirkan rasa dukacita apabila berita mengenai isu berkaitan seorang wanita bangsa Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan yang tidak berdasarkan hukum syarak di India tersebar di media sosial.

“Saya telah menitahkan agar semua usaha yang perlu, dibuat oleh pihak berkuasa agama Islam Negeri Johor untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut sama ada melalui ahli keluarganya dan juga menerusi kedutaan kita di India.

Advertisement

“Saya percaya kita semua akan dapat memastikan kesahihan berita tersebut dalam tempoh terdekat,” titah baginda.

Rabu lalu, wanita yang dikatakan berasal dari Johor, Illi Najwa Saddique melangsungkan majlis perkahwinan dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar dan majlis resepsi diadakan di kampung halaman mempelai lelaki dekat Jalandhar, Punjab.

Pasangan itu dikatakan menjalinkan hubungan sejak lapan tahun lalu.

Advertisement

Melalui paparan di media sosial, Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Dalam pada itu Sultan Ibrahim turut menegaskan kedudukan agama Islam sebagai agama negeri Johor dalam Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah keutamaan.

“Sebagai ketua agama Islam negeri Johor, saya sentiasa memastikan kehidupan rakyat Bangsa Johor dan mereka yang berasal dari negeri ini akan dipayungi oleh peruntukan undang-undang yang mana Islam adalah paksi yang menjadi tiang seri kepada kehidupan kita bemegeri.

Advertisement

“Agama Islam perlu berada ditempat yang tinggi dan ketertinggiannya ibarat cahaya yang menerangi kehidupan umat Islam di negara kita,

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top