BM | EN | 中文

Sultan Johor titah umat Islam dirikan solat hajat atasi COVID-19

Sultan-Ibrahim-Sultan-Iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 MEI: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan semua umat Islam di negeri ini untuk sama-sama bermunajat dengan mendirikan solat sunat hajat agar diberikan perlindungan dan keselamatan daripada ancaman wabak COVID-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki A. Shamsudin menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor hari ini berkata baginda menitahkan supaya solat sunat hajat itu didirikan sama ada di masjid, surau atau rumah masing masing.

“Pelaksanaan (solat sunat hajat) adalah selepas solat maghrib atau waktu yang bersesuaian serta solat Jumaat dalam menangani suasana yang sedang berlaku ketika ini.

Advertisement

“Semoga Allah SWT mengangkat wabak COVID-19 dengan rahmat dan pertolongannya,” menurut Md Rofiki menerusi kenyataan tersebut.

Teks bacaan doa solat sunat berkenaan turut disertakan menerusi laman Facebook itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top