BM | EN | 中文

Sultan Johor titah kerajaan baru dibentuk

kenyataan-media-sultan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 FEB: Istana Johor mengumumkan gabungan baru akan menggantikan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Johor, menurut Setiausaha Sulit Sultan Johor, Jaba Mohd Noah.

Jaba dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu diambil selepas sultan Johor berpuas hati dengan gabungan itu selepas memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Katanya, 28 anggota ADUN memilih gabungan baru manakala 26 lagi memilih Pakatan Harapan.

Advertisement

Tambah kenyataan itu lagi, satu sesi temubual bersama semua ADUN Johor telah diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini, semalam.

Temubual itu semalam dibuat di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan disaksikan Setiauaha Kerajaan Johor dan Penasihat Undang-undang Negeri Johor.

“Setiap ADUN juga dikehendaki menandatangani surat akuan bersumpah bagi mengesahkan pendirian mereka sama ada menyokong PH atau “Gabungan Baru”.

Advertisement

“Daripada 56 ADUN jyang dipanggil, dua orang tidak dapat menghadirkan diri, iaitu ADUN Simpang Jeram dan ADUN Puteri Wangsa.

“Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan ADUN Gambir turut hadir dalam sesi temubual tersebut,” katanya.

Jaba berkata, setelah selesai sesi temubual tersebut, Tuanku telah berpuashati bahawa Gabungan parti yang baharu telah memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, apabila 28 ADUN memilih Gabungan Baharu berbanding 26 ADUN memilih PH.

Advertisement

“Oleh yang demikian, gabungan parti yang baharu berhak untuk memberikan cadangan nama calon menteri besar, sebelum sususan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru dilantik.

“DYMM Tuanku berharap agar pentadbiran kerajaan negeri Jhor segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat di negeri Johor Darul Ta’zim,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top