BM | EN | 中文

Sultan Johor terima taklimat tentang Pulau Batu Puteh

Sultan-Ibrahim-Sultan-Iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 OKT: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu menumpukan perbincangan isu Pulau Batu Puteh.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi baginda sebentar tadi, turut hadir pada pertemuan itu ialah Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dr Abdul Rahim Ramli.

Advertisement

Khamis lepas, Sultan Ibrahim bertitah tindakan mesti diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab jika benar ada pihak yang melakukan kecuaian dan kekhilafan dengan tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.

Ia susulan pengumuman perdana menteri pada 9 Okt lalu mengenai keputusan Kabinet mewujudkan pasukan petugas khas untuk semakan semula undang-undang berkenaan isu Pulau Batu Puteh.

Sehari selepas itu, Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri memberi jaminan akan bekerjasama dan membantu pasukan petugas khas kerajaan Persekutuan berhubung isu berkenaan.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top