MERSING, 6 NOV: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar swemalam berkenan menerima menghadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin di Istana Flintstones, dekat Mersing.
Menurut kiriman hantaran berserta gambar di dalam laman Facebook Sultan Johor, Hamzah turut mempersembahkan taklimat mengenai isu-isu keselamatan di dalam dan juga luar negara.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.
Menurut hantaran itu, Hamzah turut mempersembahkan taklimat mengenai isu-isu keselamatan di Johor termasuk perkembangan terkini situasi COVID-19 di negeri ini.
Johorkini