BM | EN | 中文

SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP DATUK BANDAR MBJB DAN NAIB CANSELOR UTHM

sultan-johor-4.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 SEPT : Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Amran A Rahman di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini, kelmarin.

Pada pertemuan itu, Datuk Bandar MBJB mempersembahkan jemputan kepada Baginda Tuanku Sultan sempena majlis Makan Malam Amal MBJB yang akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini.

Majlis Makan Malam Amal itu adalah kali kedua diadakan selepas berjaya mengumpul sumbangan sebanyak lebih RM 1 juta daripada 78 penaja pada majlis yang julung kali diadakan pada tahun lepas.

Advertisement

Baginda Tuanku Sultan kemudiannya turut berkenaan menerima mengadap Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly yang diiringi Timbalan Naib Canselor UTHM (Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Ismail Abdul Rahman dan Pendaftar, Abdul Halim Abdul Rahman.

Perjumpaan itu bagi mempersembahkan jemputan Majlis Konvokesyen UTHM ke-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top