JOHOR BAHRU, 16 DIS : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.
Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Zulkifli turut memaklumkan mengenai persaraan beliau pada bulan depan.
Zulkifli dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera pada 2018 dan sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2013.
Hadir sama, Panglima 7 Briged Jeneral Zawawi Adam.
Tetamu kehormat turut diraikan dalam satu majlis santapan ringan bersama Sultan Johor.
Baginda Tuanku Sultan berkenan menerima cenderahati daripada Zulkifli sebelum berangkat pulang.
JohorKini