BM | EN | 中文

Sultan Johor tegur Sungai Danga dicemari sampah, mahu penguatkuasaan dipertingkat

sultan-ibrahim-sungai-danga.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 DIS: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam menzahirkan kekesalan terhadap pemandangan Sungai Danga, di sini yang dicemari pelbagai sampah sarap yang mengotori sepanjang lembangan sungai itu.

Sultan Ibrahim sebelum itu telah mengemudi sendiri ‘Airboat’ milik baginda hampir sejam bermula 9 pagi semalam dengan menyusuri sungai berkenaan bagi melihat kebersihan sungai serta kawasan persekitaran.

Justeru, baginda telah menitahkan Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan segera mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah pembuangan sampah di sungai-sungai.

Advertisement

“Exco Kesihatan dan Alam Sekitar ambil perhatian perkara ini, jangan tengok masalah kesihatan sahaja, manakala penjagaan alam sekitar juga penting untuk kehidupan rakyat.

“Kerja-kerja perlu dilakukan secara berterusan, begitu juga aspek penguatkuasaan dan pemantauan. Jangan tunggu hingga ditegur, baru kerja hendak dijalankan,” titah Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook rasmi baginda semalam.

Sultan Johor juga bertitah agar Vidyananthan segera menyediakan laporan berhubung punca masalah pencemaran sampah sarap di sungai-sungai.

Advertisement

“Banyak peruntukan disalurkan kepada agensi dan jabatan yang bertanggungjawab menjaga sungai dan alam sekitar, namun tiada kesan: titah baginda.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top