BM | EN | 中文

Sultan Johor perkenal Pingat Jasa Dikenang, hargai petugas barisan hadapan Covid-19

Sultan-Johor-perkenal-Pingat-Jasa-Dikenang-hargai-petugas-barisan-hadapan-Covid-19.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 OKT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan memperkenalkan Pingat Jasa Dikenang, khas bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan di negeri ini yang berterusan bertungkus-lumus memerangi penularan COVID-19.

Baginda bertitah, pingat berserta surat akuan akan dikurniakan kepada penerima terdiri daripada pelbagai jabatan serta agensi yang secara langsung terlibat dalam penugasan.

“Dalam menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan di Johor, saya berkenan untuk mengurniakan mereka Pingat Jasa Dikenang.

Advertisement

“Teruskan usaha baik anda semua, dan saya harap rakyat jelata terus memberi kerjasama sebaiknya bagi menghalang virus ini dari terus menular,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, hari ini.

Pada pertemuan itu, Dr Rahim turut mempersembahkan contoh surat akuan berkenaan kepada baginda.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, warna riben pada pingat terdiri daripada putih, merah dan biru menandakan bendera Johor, manakala di bahagian belakang, terdapat rekabentuk sepuluh tangan memegang erat di antara satu sama lain menandakan sepuluh daerah di Johor.

Sultan Ibrahim bertitah, pingat berkenaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak yang dipilih oleh ketua jabatan atau agensi masing-masing.

“Pingat ini kemudian akan saya sampaikan kepada ketua-ketua jabatan untuk diberikan kepada penerima antaranya Jabatan Kesihatan Johor, polis, tentera, bomba dan lain-lain,” titah baginda.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top