BM | EN | 中文

SULTAN JOHOR PANDU KERETA SENDIRI MELAWAT MANGSA BANJIR DI KOTA TINGGI

IMG-20191211-WA0034.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 11 DIS : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat mangsa banjir di Dewan Kolej Vokasional Kota Tinggi, di sini hari ini.

Baginda tiba di pusat pemindahan sementara (PPS) itu pada jam 1.50 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit beramah mesra dengan mangsa.

Dalam lawatan tersebut Sultan Ibrahim turut berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di PPS berkenaan.

Advertisement

Bercakap kepada wartawan selepas melakukan lawatan itu, baginda memaklumkan semua keperluan di PPS itu berada dalam keadaan teratur.

“Semua teratur.. pegawai daerah akan jaga semua.

“Air pun sudah surut cuma bimbang kalau air pasang dan hujan, air akan naik balik sebab itu (mangsa) duduk lagi satu malam lagi di sini,” titah baginda.

Advertisement

Dalam pada itu, melalui status yang dimuatnaik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda memaklumkan baginda memandu sendiri ke Kota Tinggi untuk melawat mangsa banjir di PPS tersebut.

Dalam status sama, baginda bertitah mahukan pasukan penyelamat serta agensi-agensi berkaitan sentiasa dalam keadaan siap-siaga memandangkan faktor cuaca tidak menentu ketika ini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top