BM | EN | 中文

Sultan Johor murka segelintir rakyat di Mersing abai kebersihan

mersing-sampah.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 DIS: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menyuarakan rasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat di Mersing yang mengabaikan soal kebersihan sehinggakan tempat-tempat awam di daerah itu dipenuhi dengan sampah sarap.

Baginda menegaskan sekiranya rakyat terus mengamalkan tabiat buruk itu, ia akan memberi kesan yang negatif kepada aspek kesihatan awam.

Baginda dalam catatan di laman facebook rasmi bertitah daerah pelancongan itu bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dari luar negara, malah ia juga kaya dengan keindahan alam semula jadi.

Advertisement

“Saya amat sedih dengan apa yang saya lihat di beberapa kawasan yang ditinjau. Apa nak jadi dengan Mersing?

“Sepatutnya tempat pelancongan tetapi apabila pelancong sampai, disambut sampah. Tidak malukah kita jika menjemput orang ke rumah sendiri tetapi keadaannya tidak sedap mata memandang?

“Ubahlah perangai dan buang sikap pengotor,” titah baginda.

Advertisement

Titah baginda Mersing perlu mencontohi daerah Muar apabila Bandar Maharani telah dinobatkan sebagai Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN pada tahun 2018.

“Mersing mempunyai potensi yang besar untuk terus dimajukan dalam sektor eko-pelancongan, dan ia juga pintu utama untuk ke pulau-pulau pelancongan sekitar.

“Saya ada pelbagai idea untuk menarik pelaburan dan kemajuan untuk sektor di Mersing, tetapi rakyat juga perlu mainkan peranan menjaga kebersihan di sini. Tidak ada orang yang nak berkunjung ke tempat yang kotor,” titah baginda.

Advertisement

Baginda turut bertitah mahu pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan kompaun secara efektif supaya rakyat lebih berdisiplin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top