BM | EN | 中文

Sultan Johor murka kejadian pengemudi bot di Mersing khayal dadah

Sultan-Johor-murka-kejadian-pengemudi-bot-khayal-dadah.png
Advertisement

MERSING, 8 OKT: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menzahirkan rasa murka atas kejadian pengemudi bot yang membawa bot secara berbahaya di bawah pengaruh dadah berdekatan Pulau Rawa, Mersing.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, Sultan Johor yang mengakui melihat sendiri kejadian itu dan berasa kesal dengan kejadian itu.

“Saya rasa kesal dengan kejadian yang berlaku betul-betul di depan mata saya.

Advertisement

“Saya lihat mereka bawa bot penumpang dengan laju dan berbahaya dekat jeti Pulau Rawa. Saya arahkan pihak polis menahan bot tersebut yang dalamnya ada membawa satu keluarga dengan anak-anak kecil untuk aktiviti ‘island hopping’,” titah Baginda Tuanku Sultan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Cyril Edward Nuing berkata, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua pengemudi bot berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

Dalam pada itu Baginda turut mengarahkan semua agensi penguatkuasaan untuk meningkatkan rondaan dan mengambil tindakan tegas.

Advertisement

“Setelah pihak polis buat penahanan dan siasatan lanjut, jelaslah tindakan mereka memandu bot dengan tidak tentu arah kerana kesan pengaruh dadah.

“Ambillah tindakan tegas termasuk membatalkan lesen pemandu dan rampas bot yang tidak mengikut peraturan.

“Perkara seperti ini sangat memalukan industri pelancongan negeri Johor. Saya harap perkara sebegini tidak berulang lagi,” titah Sultan Ibrahim lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top