BM | EN | 中文

Sultan Johor mahu kerajaan negeri bersiap hadapi cuaca tak menentu

Sultan-Ibrahim-Sultan-Iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JUL: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu kerajaan negeri serta jabatan, agensi kerajaan dan pasukan keselamatan memantau rapi serta membuat persiapan sepenuhnya menghadapi cuaca tidak menentu di negeri ini.

Baginda bertitah turut memantau rapi serta mengikuti perkembangan keadaan banjir yang melanda beberapa daerah di Johor sejak semalam.

“Pasukan keselamatan perlu terus meningkatkan pemantauan dan membuat penambahan dari segi persediaan anggota di seluruh negeri.

Advertisement

“Ini kerana keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, begitu juga dengan penduduk yang menetap berhampiran kawasan rendah perlu berhati-hati dan sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasminya, hari ini.

Baginda turut bertitah supaya kerajaan negeri memastikan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mendapat keselesaan serta kemudahan secukupnya.

“Pada masa sama, pihak berkuasa khususnya Jabatan Kesihatan Johor juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta menjalankan pemeriksaan di setiap PPS bagi mencegah penularan COVID-19,” titah baginda lagi.

Advertisement

Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,271 orang daripada 331 keluarga melibatkan empat daerah iaitu Batu Pahat, Muar, Pontian dan Tangkak.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top