BM | EN | 中文

Sultan Johor kurnia wang lebihan bayaran cukai kepada YSIJ

Sultan-Johor-kurnia-wang-lebihan-bayar-cukai-kepada-YSIJ.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 SEPT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah lebihan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bernilai RM1.4 juta bagi tahun 2019 yang diterima baginda akan dikurniakan kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Pada laman rasmi Facebook baginda hari ini bertitah, YSIJ secara aktif menghulurkan pelbagai sumbangan kepada rakyat termasuk sumbangan makanan setiap minggu dan pelbagai bantuan lain.

Menurut kenyataan itu, lebihan bayaran itu diserahkan kepada baginda bagi pembayaran cukai di atas syarikat-syarikat milik keluarga Di-Raja Johor.

Advertisement

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada LDHN di atas pemulangan lebihan bayaran cukai ini, dimana saya akan mengurniakan wang berkenaan kepada YSIJ.

“Ini juga bagi membolehkan YSIJ terus menyampaikan pelbagai sumbangan untuk rakyat bagi meringankan beban mereka khususnya yang banyak terkesan akibat pandemik COVID-19,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Mohd Jaafar Embong dan Pengarah LHDN Johor, Md Kamal Johan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Advertisement

Bermula April tahun lalu, Sultan Ibrahim secara berterusan mengurniakan bantuan bekalan makanan kepada golongan memerlukan di seluruh Johor setiap minggu.

Bantuan juga disampaikan kepada mangsa bencana alam, selain warga emas dan juga pesakit-pesakit kronik tanpa mengira agama dan bangsa.

Selain itu, beberapa kediaman yang rosak akibat bencana alam turut dibaikpulih menerusi YSIJ bagi meringankan beban rakyat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top