BM | EN | 中文

Sultan Johor kurnia lapan sut respirator pembersih udara berkuasa kepada HSA

Sultan-Ibrahim.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 FEB: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, hari ini, berkenan mengurniakan lapan unit sut respirator pembersih udara berkuasa (Powered Air Purifying Respirator – PAPR) untuk kegunaan kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menurut kiriman laman Facebook Sultan Ibrahim, penyerahan dibuat melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada Timbalan Pengarah HSA Dr S.Sharath Chandran dilakukan Ahli Pemegang Amanah YSIJ Datuk Avinderjit Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Fadhly Suffian Laili.

Sut berteknologi tinggi itu berfungsi sebagai kelengkapan pelindung diri (PPE) tambahan dan pembekal udara pernafasan yang bersih untuk pemakainya ketika betugas.

Advertisement

Ia digunakan ketika memindahkan pesakit, di dalam bilik pembedahan serta unit rawatan rapi (ICU).

Gambar penyerahan peralatan itu turut dimuatnaik di laman Facebook Sultan Ibrahim.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top