BM | EN | 中文

Sultan Johor kurnia Darjah DMIJ kepada empat individu

Sultan-Johor-kurnia-Darjah-DMIJ-kepada-empat-individu.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 NOV: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu termasuk Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu.

Tiga lagi ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Salehuddin Hassan, Mejar Cina David Wong Khoong Soon dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) Avinderjit Singh Harjit Singh.

Wong, berketurunan Wong Ah Fook, yang dilantik sebagai Mejar Cina atas perkenan Sultan Ibrahim pada September lepas, menjalankan tugas dan bekerjasama dengan YSIJ dalam menyelaras, mengatur dan melaksana pengagihan kurniaan barangan keperluan makanan kepada penduduk negeri itu.

Advertisement

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Johor, pengurniaan darjah yang membawa gelaran ‘Datuk’ berkenaan berlangsung di Balai Mengadap, Istana Pasir Pelangi, pagi tadi bersempena ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-62.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top