BM | EN | 中文

Sultan Johor kurnia bantuan segera kepada mangsa ribut Tanjung Sedili

yayasan-sultan-brahim-bantuan-ribut-sedili2.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 JUL: Kesusahan mangsa-mangsa ribut di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dengan bantuan disalurkan kurang daripada 12 jam selepas kejadian berlaku.

Menurut satu hantaran yang dimuat naik ke Facebook rasmi baginda hari ini, kejadian yang berlaku pada 3 petang semalam itu telah mengakibatkan pelbagai kerosakan membabitkan 291 kediaman di kawasan Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Kampung Sentosa.

“Baginda berkenan mengurniakan 281 kotak keperluan makanan dan 281 kotak mi segera menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), yang disampaikan Mejar Cina Datuk David Wong hari ini,” menurut hantaran itu.

Advertisement

Bantuan makanan turut diberikan kepada 11 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara iaitu sebanyak sembilan keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia Jaya dan dua keluarga di SK Sedili Besar.

Hujan lebat Iebih dua jam bermula kira-kira pukul 3 petang, disusuli ribut dan angin kencang, turut mengakibatkan beberapa bangunan kerajaan mengalami kerosakan dan Iebih 20 pokok tumbang di sekitar kawasan berkenaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top