BM | EN | 中文

Sultan Johor kesal sikap masyarakat buang sampah ke dalam saliran air

sampah-mbjb-johor-bahru-sultan-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OKT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang membuang sampah ke dalam longkang, parit dan sungai hingga menjejaskan saliran air terutamanya pada musim hujan di kawasan bandaraya Johor Bahru.

Baginda dalam lama Facebook rasminya bertitah, hasil siasatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mendapati banjir kilat melanda kawasan bandaraya pada bulan lalu, berpunca akibat sistem saliran tersumbat disebabkan sampah sarap dan sisa binaan.

Menurut hantaran itu, laporan dan gambar-gambar hasil siasatan MBJB dipersembahkan kepada Sultan Johor oleh Datuk Bandar MBJB, Datuk Noorazam Osman di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini.

Advertisement

“Ia berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang gemar membuang sampah ke dalam sungai, parit dan longkang. Apabila turunnya hujan dalam jumlah yang besar dan tempoh yang lama, maka banjir kilat pasti tidak dapat dielakkan.

“Saya ada melihat gambar-gambar dan rakaman video yang ditunjukkan oleh Datuk Bandar MBJB. Terdapat begitu banyak sampah dibuang termasuk tilam, kayu dan juga peti sejuk. Amat mengecewakan.

“Masyarakat seharusnya lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah dalam saliran mahupun sungai. Perbuatan seperti ini kelak menyumbang kepada berlakunya banjir,” titah Sultan Ibrahim.

Advertisement

Sebelum ini, baginda menitahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor serta pihak berkuasa tempatan supaya menjalankan kajian di semua kawasan yang kerap berlaku banjir kilat di Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top